Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran strok haba untuk enam wilayah di negara itu memandangkan suhu dijangka meningkat melebihi 35 darjah celsius sepanjang hari.<br /><br />Gelombang haba di Jepun biasanya berlaku pada separuh kedua bulan julai dan pada bulan Ogos, dengan suhu dijangka meningkat kepada maksimum 39 darjah celsius, kata agensi itu.